Dari perbincangan dgn penghuni-penghuni Uni Garden semenjak 4 bulan yang lalu, berikut adalah maklumat yang diterima:
Latest update : 09 Jul 2016.(font in red)
1. Rumah mesti ada "grill". Rumah siapa tak ada.
2. Pasang "hotel lock" disetiap pintu bilik. Murah (RM50 each). Keselamatan semasa anda tidur.
3. Rumah mesti pasang alarm (RM2k). Kalau mampu, pasang juga CCTV & Streamyx/Unifi(2k). Ada wireless alarm yang harganya kurang dari RM500 (4 detector) kalau pasang sendiri.
4. Sediakan "pepper spray" dirumah (RM30 each). Gantung disebelah dalam pintu bilik tidur.
5. Pasang pintu pagar di tempat masuk lorong belakang (alleyway) rumah (rumah tepi).
6. "Neighbourhood watch" & crime management di Uni G belum cukup kuat. Jadi kita joinlah KRT, Rela, CP dll. Join semua kalau mampu. Jadikanlah KRT (SRS), Rela, CP di Uni G. lebih kuat. Neighborhood watch WhatsApp as low cost platform to know each others. Kita boleh warwarkan dengan notis ringkas kepada mereka yg belum jadi ahli. Mereka (pencuri) yang nak pecah masuk rumah akan fikir dua tiga kali selepas mengetahui aktiviti meronda tersebut.
7. Kerja sama rapat dengan pihak polis. Boleh minta pihak Polis beri taklimat berkaitan keselamatan diperumahan. Panggilan terus ke 999 mungkin lebih berkesan dari pangilan terus ke pejabat terdekat, jika anda tidak biasa dengan pegawai bertugas in pejabat.
8. Kita adakan signboard sebagai simbol perpaduan penduduk Uni Garden. Tiga cukuplah. Jadi boleh minta sponsor dari KRT, CP dan Rela. Mereka (pencuri) yang nak pecah masuk rumah akan fikir dua kali selepas perasan "sign board" tersebut.
9. CCTV boleh mencegah jenayah. Jadi CCTV yang dipasang dirumah yang terletak berdekatan kawasan keluar/masuk boleh dihalakan sebijik ke arah laluan kenderaan. Video boleh ditonton melalui internet.
10. Jalan keluar masuk terlalu banyak. Lebih 5. Jadi perlu minta bantuan Majlis Samarahan tutup beberapa. Mungkin boleh "divide" Uni G kepada kita kawasan berasingan dan setiap kawasan hanya ada satu pintu keluar/masuk. "Legal aspect" dan kelulusan mungkin jadi penghalang, kecuali jalan persendirian (private road). Menutup jalan oleh orang awam adalah salah disisi undang-undang.
11. Jalan utama banyak kereta lalu lalang & boleh pandu laju, termasuklah pencuri. Jadi kita minta bantuan Majlis Samarahan pasang "bump" secukupnya. Wakil penghuni perlu kemukaan pelan cadangan lokasi "bump".
12. Uni Capital & Square belum ada CCTV macam Tabuan Jaya. Jadi kita minta bantuan Majlis Samarahan pasang CCTV.
13. Dapatkan perkhidmatan keselamatan perumahan (peronda, CCTV, alarm, dll). Bayaran sebulan mungkin kurang dari RM50 jika cukup penyertaan. Kalau boleh, "service provider" dapatkan petugas - petugas dari mereka yang menetap lama di sini dan selepas mendapat kelulusan wakil-wakil penghuni/Lorong.
14. Adakah pondok Rela, CP dan/atau KRT.
15. Kurangkan objek-objek (cthnya: semak samun) di kawasan perumahan yang boleh menjadi tempat pencuri bersembunyi.
16. Bekerjasama peronda dengan pihak "security" berdekatan. Cthnya Pegawai keselamatan Uni Square Apartment, Yung Seng Construction dan Kwang Tai Construction.
Banyak lagi panduan yg belum dimuatkan ke laman ini. Sila maklum kpd editor kalau ada yg nak tambah.
Tk.
Alan
L3
Penyumbang maklumat: Penghuni Uni Garden dari berbagai latar belakang.